Tuesday, 13 March 2012

KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN KUCHING TUPONG BERHAD

KOBERA KAWASAN TUPONG KUCHING BERHAD atau KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN KUCHING TUPONG BERHAD telah ditubuhkan pada 3hb November 2009, setelah mendapat persetujuan dan mandat dari Yang Berhormat Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman selaku wakil rakyat bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri N6 TUPONG.
Tercetusnya idea penubuhan KOBERA untuk Kawasan DUN N6 Tupong adalah hasil perbincangan Pengerusi KOBERA, Encik Ahmad-Zuraimi bin Sakawi dengan Tuan Haji Mahmud Mohd Nor, Presiden Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia yang tajuk perbincangan ketika itu menjurus kepada pemasalahan dan seterusnya bagaimana mengatasi masalah menangani golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri dari e-kasih.
Memandangkan DUN N6 Tupong belum membentuk sebuah KOBERA, atas inisiatif Encik Ahmad Zuraimi dan Barisan Gerak Gempur N6 Tupong yang diterajui beliau, maka tertubuhlah sebuah KOBERA di Kawasan N6 Tupong, Kuching, Sarawak.
Tiga orang penaja telah dipertanggungjawabkan bagi tujuan penubuhan KOBERA Tupong Kuching Berhad. Ketiga tiga penaja tersebut adalah Encik Ahmad Zuraimi Bin Sakawi, Encik Samsudin Bin Saperi dan Cikgu Azman Hj Edi. Setelah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Pertama bertempat di SIPEC Jalan P. Ramlee, Kuching, Sarawak, yang dihadiri oleh seramai 98 orang dari senarai e-kasih yang diperolehi dari ‘State Development Office’ maka terbentuklah KOBERA Tupong Kuching Berhad dengan mengekalkan ketiga-tiga penaja dan memberi kepercayaan kepada Encik Ahmad Zuraimi Bin Sakawi sebagai Pengerusi, Encik Samsudin Saperi sebagai Setiausaha, Cikgu Azman Hj Edi sebagai Bendahari dan seterusnya enam orang Ahli Lembaga Koperasi yang terdiri dari mereka yang tersenarai dalam e-kasih.

No comments:

Post a Comment